28 November 2013

pesta pantun bestari UM

ni kiranya memory lama waktu tahun 2011 kalau aku tidak silap. ketika ini aku cuba la nak masuk pantun segala bagai ni.. waktu ni aku belum pun ada pengalaman tapi oleh kerana sudah terbiasa melihat rakan berpantun sewaktu di sekolah menengah dulu makanya aku pun faham la serba sedikit pasal pantun ni.. 
gambar ni diambil selepas berlawan dengan UNISZA, dua orang pemantun di tengah tu yang lelaki pakai baju kuning dan perempuan tu merupakan senior dan junior aku waktu sekolah menengah dulu. makanya inilah perlawanan melawan rakan sekolah.tapinya waktu sekolah dulu lelaki itu sememangnya pemantun sekolah dan aku pula pendebat..memang boleh teka la siapa yang menang..ha..ha..
tetapi kisah sedihnya, junior ku yg perempuan itu khabarnya sudah pulang ke penciptaNYA.. sedih juga ketika mendnegar berita tersebut.. sedekahkan AL-FATIHAH kepada beliau..

inilah kumpulan pantun aku sewaktu pertandingan, di tepiku yang tidak bercermin mata adalah seniorku yang mengambil major bahasa melayu manakal yang di sebelah ku pula merupakan rakan satu batch tapi dia mengambil major pendidikan islam.. kedua-dua mereka adalah pemantun sejak dari sekolah menengah lagi dah mewakili negeri masing-masing.. aku sendiri pun agak pelik bagaimana aku boleh menjadi pemantun ketika ini. tapi aku berpegang kepada prinsip sendiri, selagi tidak mencuba selagi itu kita tidak tahu. aku mungkin tidak sebagus mereka tapi aku punyai bakat. ho..ho..macam ayat poyo pula.

ini gambar diambil sewaktu aku beraksi di pentas pertandingan. pantun ini sebenarnya mudah cuma gaya yang santun,ayat yang berbunga membuatkan aku sedikit terkekang dengannya.. mana tidaknya, aku yang sudah terbiasa berdebat secara terbuka, lancnag mengutarakan pendapat, menggunakan bahasa sinis untuk menyerang pihak lawan, tiba-tiba pula dipaksa berlemah lembut dalam berbicara. memang kekok tapi itulah pengalaman yang dapat aku timba. setidak-tidaknya aku tidak terkekang dengan satu perkara sahaja ketika mengajar di sekolah nanti. bolehla aku berkhidmat sewaktu mengajar nanti.

inilah gambar yang kami ambil dengan pemantun-pemantun UPM.. mereka memang baik dan juga hebat.. inilah memory yang pada aku memberikan pengalaman yang bagus dan mendidik aku untuk mempelbagaikan bakat aku..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...