28 November 2013

pesta pantun bestari UM

ni kiranya memory lama waktu tahun 2011 kalau aku tidak silap. ketika ini aku cuba la nak masuk pantun segala bagai ni.. waktu ni aku belum pun ada pengalaman tapi oleh kerana sudah terbiasa melihat rakan berpantun sewaktu di sekolah menengah dulu makanya aku pun faham la serba sedikit pasal pantun ni.. 
gambar ni diambil selepas berlawan dengan UNISZA, dua orang pemantun di tengah tu yang lelaki pakai baju kuning dan perempuan tu merupakan senior dan junior aku waktu sekolah menengah dulu. makanya inilah perlawanan melawan rakan sekolah.tapinya waktu sekolah dulu lelaki itu sememangnya pemantun sekolah dan aku pula pendebat..memang boleh teka la siapa yang menang..ha..ha..
tetapi kisah sedihnya, junior ku yg perempuan itu khabarnya sudah pulang ke penciptaNYA.. sedih juga ketika mendnegar berita tersebut.. sedekahkan AL-FATIHAH kepada beliau..

inilah kumpulan pantun aku sewaktu pertandingan, di tepiku yang tidak bercermin mata adalah seniorku yang mengambil major bahasa melayu manakal yang di sebelah ku pula merupakan rakan satu batch tapi dia mengambil major pendidikan islam.. kedua-dua mereka adalah pemantun sejak dari sekolah menengah lagi dah mewakili negeri masing-masing.. aku sendiri pun agak pelik bagaimana aku boleh menjadi pemantun ketika ini. tapi aku berpegang kepada prinsip sendiri, selagi tidak mencuba selagi itu kita tidak tahu. aku mungkin tidak sebagus mereka tapi aku punyai bakat. ho..ho..macam ayat poyo pula.

ini gambar diambil sewaktu aku beraksi di pentas pertandingan. pantun ini sebenarnya mudah cuma gaya yang santun,ayat yang berbunga membuatkan aku sedikit terkekang dengannya.. mana tidaknya, aku yang sudah terbiasa berdebat secara terbuka, lancnag mengutarakan pendapat, menggunakan bahasa sinis untuk menyerang pihak lawan, tiba-tiba pula dipaksa berlemah lembut dalam berbicara. memang kekok tapi itulah pengalaman yang dapat aku timba. setidak-tidaknya aku tidak terkekang dengan satu perkara sahaja ketika mengajar di sekolah nanti. bolehla aku berkhidmat sewaktu mengajar nanti.

inilah gambar yang kami ambil dengan pemantun-pemantun UPM.. mereka memang baik dan juga hebat.. inilah memory yang pada aku memberikan pengalaman yang bagus dan mendidik aku untuk mempelbagaikan bakat aku..

turning table



kadang-kadang kita pernah merasa hidup ni susah sangat, penuh dengan dugaan yang macam tidak boleh kita harungi. tapi sebenarnya dugaan tu mematangkan kita.
dulu waktu muda-muda, (well sekarang aku muda lagi baru 21.LOL.) semuanya senang dan tidak ada kerisauan tapi bila dah meningkat dewasa memang banyak cabaran.. dnegan kesihatan ibu bapa yang tidak beberapa bagus dan masalah2 lain..
aku pasti semua orang ada masalah tersendiri namun cara mereka berinteraksi dengan masalah itu yang berbeza dan sudah pasti menghasilkan penyelesaian yang berbeza.
saat kita melihat rakan sebaya semuanya sudah berumahtangga (rakan aku hampir smeuanya kawin awal) timbul perasaan sedih sebab jodoh sendiri tak nampak bayang tapi aku tetap redho kerana aku yakin rezeki itu sudah tertulis...
saat aku mendengar rakan sebaya sudah graduate,ada yang sudah pegang duit sendiri dan become independent.. rasa cemburu muncul, aku saat ini masih mengharap duit belas ehsan parents tapi aku yakin semuanya pasti berubah..

kita manusia biasa pasti rasa cemburu,sedih melihat orang lain sentiasa berlegar di fikiran, tapi jangan jadikan smeua itu sebagai alasan untuk menghukum diri sendiri untuk terus bersedih. kita harus bangkit dan nikmati apa yang ada.. jangan ratapi apa yang tiada sehingga yang dimilik dipandang sepi..

bersikap sederhana dalam hidup, cherish the moment and i'm sure the life will become better...

p/s: luahan rasa sebentar selepas bersedih menjaga ibu yg sakit kencing manis, ayah yang kena stroke separuh badan dan abang yang sedang operation kaki.. it's hard but i know this is just a test and maybe a phase in my life...

03 November 2013

clearkan jalan

 ambik kau..masuk bulan 11 baru aku nak post something kat blog ni..kalau kira dah lama lenyap lah tuan blog ni...

BTW,tajuk kat atas tu sekadar rekaan dan tak der kena mengena dengan aku punya cerita ni..
sepanjang aku bertapa kat gua niah (ni rekaan jugak!) banyak jugak la cerita yang dah basi aku simpan..

around bulan september hari tu aku ada pergi program anak angkat kat jengka 17,pahang..
dengan gigih la aku ni gi beli hadiah nak bagi kat mak bapak angkat..
mula-mula nak gi sana, cuak jugaklah sapa parent aku ni.. hendaklah tiba2 dapat yang pelik-pelik, mau terberak aku menangis mengenang nasib..

tapi syukurlah alhamdulillah dapat parent angkat yang marvelous..

ni kawan yg menjadi teman aku waktu di rumah parent angkat...satu family dia ambik paling sikit 2 orang iaitu aku ngan kawan aku ni dan ada yang macam rumat dato' tu ambik sampai 10 orang..

ni la rumah parent angkat aku yang bagi aku sangat kampung style..sejuk menggigil aku malam..
makanya tamat la sesi mengclearkan jalan yang dah bersawang ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...